Assalamuallaikum wbt..hari ni nak review blog Diari Jejaka Hangat 🙂
Blog ini banyak melakukan segmen2 untuk para blogger bagi menambahkan lagi follower blog mereka dan mengeratkan silaturahim..Kawan2 boleh pergi ke blog DJH dengan mengklik gambar.
Jom sama-sama kita berkongsi ilmu ISLAM
Assalamuallaikum wbt..hari ni nak review blog Diari Jejaka Hangat 🙂
Blog ini banyak melakukan segmen2 untuk para blogger bagi menambahkan lagi follower blog mereka dan mengeratkan silaturahim..Kawan2 boleh pergi ke blog DJH dengan mengklik gambar.
Assalamuallaikum WBT
Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.
Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.
Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.
Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.
1. Buka link www.blogger.com
2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada ‘create a blog’
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik ‘continue’.
4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik ‘continue’
6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda. 🙂
Assalamuallaikum WBT.
ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.
Semoga kita semua terus menjadi hamba yang sentiasa dan berterusan bersyukur kepada YANG MAHA ESA.Artikel kali ini saya ingin mengajak para sahabat yang baik sekalian untuk mendalami cara-cara atau bagaimana untuk bertemu RASULULLAH SAW yang di sampaikan oleh Al Habib Ali Al Jufri.
Pertama sekali ialah melalui permintaan,jika permintaan itu dari hati memohon kepada ALLAH,pasti diberikan–kata Al Habib.
Di sini ada 4 cara yang boleh kita praktikkan/amalkan :
Rumusan :
Assalamuallaikum wbt,
ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.
Bersyukur kerana kita masih diizinkan untuk terus menghirup udara segar kurniaan YANG MAHA ESA dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin pahala menuju akhirat yang kekal abadi.Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan-NYA.
Insya-ALLAH,kali ini saya akan memaparkan sedikit sebanyak mengenai kata-kata hikmah dan peringatan daripada Ustaz Azhar Idrus atau UAI.
1.Mengenai Percintaan/Perkahwinan

2.Umum
3.Suami isteri/Rumahtangga
Sumber : Pertama, Kedua
Sekian daripada saya,
Semua yang lemah datangnya daripada saya sendiri.Semoga ALLAH terus meningkatkan ilmu di dalam dada kita semua.Wallahualam.
Assalamuallaikum WBT.
Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.
Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.
Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu :
Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali :