post

Assalamuallaikum WBT.
ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.
Semoga kita semua terus menjadi hamba yang sentiasa dan berterusan bersyukur kepada YANG MAHA ESA.Artikel kali ini saya ingin mengajak para sahabat yang baik sekalian untuk mendalami cara-cara atau bagaimana untuk bertemu RASULULLAH SAW yang di sampaikan oleh Al Habib Ali Al Jufri.
Pertama sekali ialah melalui permintaan,jika permintaan itu dari hati memohon kepada ALLAH,pasti diberikankata Al Habib.

Di sini ada 4 cara yang boleh kita praktikkan/amalkan :

  1. Banyakkan selawat ke atas baginda SAW.Ucapkan dengan penuh kecintaan.

    Imam Hafiz Al-Sakhawi berkata dalam kitabnya,

    Paling sedikit untuk kadar (perbanyakkan) berselawat itu adalah 300 kali sehari pagi dan petang.
  2. Mengagungkan sunnah baginda SAW seperti akhlak dan tingkah laku baginda serta mengikuti segala rupa bentuk kehidupan baginda.

    Contohnya,apabila kita masuk ke dalam tandas atau tempat yang kotor,mulakan dengan kaki kiri atau semasa kita makan menggunakan tangan kanan.

    Buat untuk ikut Rasulullah SAW,bukan mengikut adat.
    Selain itu,hadirkan di dalam hati,aku/saya lakukan ini mengikut seperti baginda lakukan.contohnya : 

    ”Aku makan dan minum ini seperti makan dan minumnya baginda SAW”.
  3. Jiwa sentiasa cinta kepada Rasulullah SAW.

    Kuat perasaan cinta,rindu yang membara.sebagai contoh,

    ”Ya ALLAH,aku/saya ingin melihatnya,muliakan ku untuk melihatnya”
  1. Berkhidmat kepada umatnya/menyebarkan dakwah baginda.

    Jangan hidup dengan keangkuhan.Berbuat baik kepada semua.

    Umat baginda bukan hanya pada orang muslimin,baginda adalah utusan semua makhluk.

    Firman ALLAH SWT,’‘Tidaklah kami utuskan kamu melainkan rahmat bagi seluruh alam”.

    Tambahan :

    Bagi membantu memperkukuhkan lagi perkara di atas,banyakkan membaca sirah Rasulullah SAW,keperibadian dan keistimewaan baginda.

Rumusan :

  • Mengagungkan sunnah itu bukan sahaja pada pakaian,sunnah itu juga pada tingkah laku kita.
  • Banyakkan senyum,baginda sentiasa senyum walaupun baginda yang paling banyak menanggung masalah umat.
  • Beribadat bukan semata-mata kerana ingin bertemu Rasulullah tetapi adalah kepada YANG MAHA ESA.
  • Seseorang yang bertemu berjumpa dengan Rasulullah SAW bukannya jaminan untuk dia masuk ke syurga-Dr Yusuf Al-Qardhawi.

    Sekian daripada saya,semoga kita semua dapat mengamalkan perkara-perkara di atas.INSYA-ALLAH. 🙂
    Semua yang lemah datangnya daripada saya sendiri.Jika ada penulisan yang silap harap dapat ditegur.Semoga ALLAH terus meningkatkan ilmu di dalam dada kita semua.Wallahualam.
    Assalamuallaikum WBT.