post

Apakah itu SEO?

Untuk yang baru mula belajar atau sedang berjinak-jinak dalam alam digital pemasaran, mesti pernah dengar perkataan SEO kan? Tapi apa sebenarnya SEO?

SEO adalah Search Engine Optimisation ataupun lebih difahami sebagai Pengoptimuman Enjin Carian.Ia adalah satu pelaksanaan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik sebuah laman web. Dengan ini, laman web anda serta jenama anda akan mendapat lebih banyak pendedahan daripada enjin carian secara organik. Ini membawa maksud pendedahan tanpa bayaran. SEO berdasarkan preferensi individu masing-masing kerana ia mengikuti apa yang dicari oleh mereka secara online, perkataan-perkataan yang digunakan untuk mencari jawapan ataupun content. Setelah memahami ini, ia akan lebih mudah bagi para pemasar digital untuk menyampai dan berhubung bersama klien untuk menyediakan penyelesaian. Jadi, tujuan SEO adalah untuk mengetahui kehendak orang ramai dan memberi jawapan dengan sewajarnya.

Walaupun periklanan, media sosial dan laman web lain-lain juga menghasilkan trafik bagi laman web tetapi SEO penting kerana ia menyebabkan majoriti trafik online yang telah dihasil. Dengan adanya enjin carian secara organik, ia akan memberi pendedahan dengan lebih meluaskan dibandingkan dengan kaedah lain. SEO juga lebih dipercayai oleh pencari tech-savvy dan ia dapat menunjuk lebih banyak klik yang didapati daripada iklan berbayar.

Dalam segi pemasaran online, SEO adalah salah satu kaedah yang jika diuruskan dengan betul dapat menyumbang pembayaran dividen dari masa ke masa. Dengan itu, pemilik laman web harus memberi content yang hebat bersama dengan kata kunci yang tepat bagi orang ramai. Justeru secara automatik, ia akan membawa ranking laman web ke kedudukan yang dilayak dengan meningkatkan trafik dengan pantas. Mereka perlu mengoptimum laman web mereka supaya dapat menyampaikan maklumat-maklumat kepada enjin carian dan content tersebut akan diindekskan, dan dipaparkan dalam laman keputusan carian.

Dua Tahap untuk Pengoptimuman Laman Web Anda

Terdapat dua tahap untuk mengoptimumkan laman web anda. Sebagai seseorang yang baru mula belajar, dua tahap ini patut dipelajari dan dihadamkan untuk layak memanggil diri sendiri sebagai pro di bab-bab SEO ini. Apakah tahap-tahap tersebut? Klik sini untuk pelajari bersama-sama.

Tahap Pertama: Analisis Bisnes Pasaran Sasaran

Untuk tahap pertama, anda perlu membuat analisis laman web. Suatu kajian tentang kata kunci/meta tag, kod dan content yang biasa digunakan untuk menentukan kesesuaian indeks laman web anda. Sebagai contoh, berapa banyak kod yang terdapat dalam halaman laman web anda berbanding dengan content web anda?

Selain itu, kajian agresif harus dilakukan. Untuk memastikan prosedur posisi enjin carian anda berjaya, pemeriksaan bahan kata kunci dan peringkat enjin semasa bagi laman yang tertumpu harus dilakukan. Pilih lima laman web yang terhebat di kalangan keputusan posting Google untuk mula prosedur ini. Semrush.com dan Keywordspy.com adalah contoh web yang boleh digunakan sebagai alat untuk mencarikan kata kunci yang selalu digunakan untuk content-content tertentu.

Seterusnya mula untuk penunjukan kata kunci. Salah satu soalan yang patut anda fikirkan adalah: Apa yang mungkin anda akan taip dalam indeks laman web untuk mencari laman web ataupun halaman business anda? Anda juga berpeluang untuk bertanya kepada pengguna/klien anda!

Setelah selesai tahap pertama, anda boleh mula untuk tahap kedua pula.

Tahap Kedua: Kajian dan Kemajuan Kata Kunci

Tahap kedua bermula dengan mengikut analisis kata kunci. Daripada penunjukan, anda dapat mengenali suatu ringkasan kata kunci dan ekspresi yang anda mahukan untuk laman web anda. Suatu audit akan memfokus kepada rekod-rekod dan sumber-sumber industri yang bersuasian. Anda patut gunakan dengan sepenuhnya ringkasan primer anda untuk membuat keputusan, berapa banyak persoalan laman web indeks yang diperlukan dan berapa banyak laman web yang akan digunakan untuk mencari setiap kata kunci.

Justeru, setiap kata kunci, ekspresi, ejaan salah dan perkataan jamak harus disusun. Jikalau terdapat klien yang akan tersalah eja kata kunci maka anda patut boleh kenal dan tahu akan kemungkinan ejaan-ejaan tersebut dan memastikan laman web indeks anda juga boleh mengenali ejaan-ejaan salah tersebut. Anda juga patut ingat yang Google juga akan mencuba untuk mencari berdasarkan perkataan-perkataan yang diberi, jadi gunakannya dengan seadanya.

Langkah seterusnya, adalah baseline ranking evaluation iaitu penilaian peringkat garis asas. Anda perlu tahu ranking anda sekarang dimana untuk menilai tahap peringkat laman web anda pada masa akan datang. Guna Excel untuk mula prosedur dan pada awalnya, semak setiap minggu. Setelah dapat progress yang memuaskan, anda boleh mula semak selang 30 ke 45 hari. Pada masa ini, anda boleh lihat betapa trafik laman web anda bertambah baik dan ia bukti suatu kejayaan bagi pilihan kata kunci anda.

Matlamat dan objektif anda patut jelas, jadi anda patut susun sasaran-sasaran anda supaya anda dapat betul-betul mengukur ROI anda daripada semua projek anda. Mula dengan yang asas tetapi jangan mengelak perkembangan laman web anda sekarang.

Contohnya, anda mungkin berjaya untuk meluaskan trafik laman web anda daripada standard yang biasa boleh menampungkan 100 pelawat setiap hari ke 200 pelawat dalam masa 30 hari. Ataupun, anda akan masih perlu memperbaiki kadar perubahan satu peratus mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Anda boleh mula dari level tinggi atau jumlah nombor pelawat tetapi anda harus menembusi laman-laman web yang explicit yang dapat bantu memperbaiki kan items, admin dan tawaran- tawaran bisnes. Dengan cara ini, anda dapat mengoptimumkan laman web anda dalam SEO Malaysia.

Related post: The Basics in Signage