post

Assalamuallaikum WBT..
Hari ini 20/10/2013 iaitu pada hari Ahad, Jom Kenal Islam telah mengubah header blog ini bagi mengikuti arus semasa yang berlaku di bumi Mesir dengan menggunakan logo R4BIA sebagai tanda sokongan kepada Dr Morsi dan rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan beliau bagi menggantikan header lama blog ini.

Apa itu R4BIA ?

R4BIA ini adalah satu ciptaan kata-kata yang disebut sebagai Rabia. Asal perkataan Rabia ini datang daripada bahasa Arab iaitu Rabi’ah atau Arba’ah yang bermaksud EMPAT (4).

Kenapa EMPAT? bukan 1, 2, 3 atau 5?

EMPAT dipilih kerana terdiri daripada 4 simbol iaitu KETEGUHAN, KEKUATAN, PERLAWANAN dan PERSATUAN kepada seluruh dunia yang cintakan kebebasan. Simbol 4 jari ini telah didedikasikan untuk mengenang markas para pendemonstrasi pro Mursi di Mesir yang telah diserang dan dihancurkan oleh tentera Mesir. Jadi simbol 4 jari itu melambangkan Rabi’ah .

Siapa yang reka simbol Rabi’ah ini? Idea bernas siapakah?
Orang yang pertama mencetuskan idea simbol 4 jari ini ialah Recep Tayip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Beliau telah melancarkan simbol ini sejak kelmarin, 17 Ogos 2013. Beliau mengecam keras pembantaian yang dilakukan oleh tentera Mesir ke atas Ramses Square dan Masjid Fatih.

Tujuan simbol ini diseru untuk digunakan oleh kita semua adalah sebagai tanda soliditari dan kepedulian kita terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ia juga sebagai media cakna untuk kita menyebarkan informasi penting dan mengambil tahu apa yang sedang berlaku di Mesir.

Jutaan terima kasih kepada sumber fakta mengenai R4BIA dan sumber gambar yang saya ambil sebagai header blog ini : izwanisaac.com

Assalamuallaikum WBT 🙂